Profile

MYNAME
Nurul Wahidah
I'm 19 y/o
Full time student
My favorite book : Reclaim Your Heart
"You never know how strong you are until being strong is the only choice you have"
Music

Just as heart is a fountain of unspoken words
Ahad, 9 Ogos 2015

No one has yet realized the wealth of sympathy, the kindness and generosity hidden in the soul of a child. The effort of every true education should be to unlock that treasure.
Emma Goldman
 In The Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

9 Aug 2015 ( 11 am - 1 pm )

Hari ini aku luangkan separuh hari dari hujung minggu aku untuk pergi kelas puisi untuk anak2 chow kit for the sake of my project. Honestly, for the first time aku fikir "apa related nya ajar anak2 chow kit ni berpuisi. The hell come on puisi ? Kenapa tak ajar BM , ENG , Math etc ". Bila aku perhati,dengar dan cuba memahami akhirnya aku mengerti "kenapa kelas puisi". Program ini dibuat di Empangan Melawati. Adventure dik nk masuk tapi not bad cantik la pemandangan, nyamuk itu biasa la dik kau expect apa?




This is our puisi class 

This organisation yg bertanggungjawab angkut mereka dari chow kit bawa ke Empangan Melawati. Tukar angin mungkin takkan asyik nak buat dlm kelas je. Give them a chance untuk merasa mandi air empangan so called air sungai la KOT.. Mereka di bawa ke sini untuk memerhati alam dan menulis puisi berdasarkan apa yang mereka lihat,rasa dan dengar. Belajar meluahkan perasaan melalui tulisan iaitu puisi. Anak-anak yg tubuhnya kecil, kemampuan berfikirnya belum matang dan pengetahuannya kurang tapi jangan sangka mereka tiada bakat. Mereka sangat berbakat. 

Salah satu puisi yang aku pilih.


Dayang, dia yang paling tua rasanya. Dia bukan kategori kanak2 la kan. Cara dia menulis dan ekspresi puisi dia sangat bagus. Deep kau tahu bila dia berpuisi. Banyak lagi puisi mereka. Sungguh mereka berbakat banyak benda aku belajar dari mereka. 




Aku terbaca hasil karya seorang anak kecil ini. Puisinya bertajuk "rumah" tapi cukup untuk mengusik hati aku yang kering ni. Rumah atau Home, ada apa dengan rumah? Rumah yang di mana menjadi tempat yg sgt selesa bila kau balik sekolah, masuk bilik buka penghawa dingin. Nikmatnya. Rumah yang di mana ada TV yang saiz nya lebih dari 32 inci. Rumah yang besar dan ada privasi. Berbeza dengan anak kecil ini. Rumah dia di tingkat 3 tapi bukan kondominium atau apartmen yang lengkap dengan kolam renang. Bukan. Rumah dia di hotel. Hotel yang satu hari dibayar rm20. Kau boleh bayang hotel rm20 rupanya bagaimana? Adakah itu rumah? Mungkin bukan rumah pada aku tapi rumah bagi anak ini. Rumah yang masih mampu untuk dia suka. 





Aku ialah manusia yang jarang keluar rumah. Jarang bersosial dengan orang lain tapi kali ini aku memang tak menyesal join program ni. We like to complain about everything. EVERYTHING. EVERY SINGLE THING. Complain and complain. I'm looking at myself and I realize " If I want to count Allah's favor, I would not be able to number them". Aku faham kenapa mama memilih untuk menjadi seorang guru yang mengajar kelas hujung dari kelas yang pertama. Aku dah mula faham bila aku lihat anak2 chow kit. One of them, aku rasa ada masalah membaca dan mengeja aku agak dia budak darjah 5. She asked me " Akak mcm mana nak eja kotoh (kotor) ? nak eja ada? nak eja melopat (melompat)? Akak betul tak saya buat ni ". Ini perasaan mama aku, takkan dia nak biar anak2 orang susah, anak2 yang lambat dalam belajar dan takkan dia nak lihat anak bangsa dia tak pandai sampai bila2. Aku faham bila mama pesan "dah habis belajar kerja dkt kampung". 

Aku sedar dan aku nampak bukan semua guru atau pensyarah itu pendidik,
Bukan semua yang sanggup berkongsi ilmu mereka 100%,
Jangan jadi pendidik yang hanyakan dahagakan gelaran dan bayaran,
Wahai pendidik,
Kau ialah pewaris Nabi,
Bekerja dan menabung saham akhirat 
Menyampaikan ilmu bukan memperdagangkan ilmu 
Jangan kau membelakangkan anak2 yang lambat
daya pemikirannya
Aku tahu bukan mudah menjadi pendidik....



Melihat tingkah laku mereka dan memerhati gaya percakapan mereka. Mereka anak2 yang tidak terhidang dengan kehidupan yang mewah. Mereka anak2 yang dahagakan kasih sayang dan perhatian. Ya mereka sangat perlukan perhatian. Mereka banyak cakap dan mereka mahukan perhatian. " Akak kat rumah saya ada kucing. Nama dia Comel.".. "Saya pun banyak kucing kat rumah. Nama dia Kuku dia comel kak". Allah. May Allah always bless you sayang. I think one day hasil karya mereka akan di buku kan dan di jual. I will buy it! 




They never complain. They never explained. Why you should complain all the time? 
2:30 PG

Isnin, 12 Mei 2014

Assalamualaikum , aku dh lama tak membebel dlm blog . Kali terakhir update blog last year lepas habis SPM . Sekarang Batch 1996 akan dihujani dgn soalan yg femes oleh sedara mara , jiran tetangga terlif dan cikgu korang sendiri " Result SPM apa cerita . Dpt smbung belajar dkt mana ? " . Gua agak lu mmg bosan dgr soalan yg sama . Standard kehidupan jawab jela pertanyaan mereka dgn jujur,amanah dan ikhlas . *cukup sampai sini pendahuluan aku nk skip masuk pada ISI blog ni * =..=

Study mana yg paling bagus + terbaik ? form 6 kah , matrik kah ? foundation (asasi) kah? , UPU kah ? , Politeknik kah atau kolej kah ? @_@ pening kan ? dalam dilema kan ? Let me explain . Masuk mana2 pn bagus as long as kau "rajin" belajar sebabnya bukan dimana tempat kau belajar yg menentukan "kebagusan" kau tu tapi "kerajinan" kau tu .
Kelebihan form 6 *aku tahu la aku dh pergi orientasi seminggu kot * 
  • Jimat 
  • Masa singkat 
  • Tidur dirumah sendiri kalau ada aircond lagi berjimba kau kt rumah
  • Tak perlu berebut bilik air kt rumah 
  • Lecterur lebih ambil berat (caring)
  • Dkt rumah dpt makan masakan mak kau 
  • Tidur dibilik sendiri katil yg empuk kateko
  • Pakai baju cantik mcm cikgu praktikal kateko 
Kekurangan ?
  • Balik lambat *ada kelas tambahan*
  • Kelas pagi smpai ptg tak merasa kelas malam
  • TERIKAT dgn peraturan sekolah 
  • NO make up * ini dkt matrik / asasi pn tak boleh kalau aku tak slh
  • NO handphone 
Kekurangan untuk kebaikan kau juga . So stop complaining . Asasi dgn Matrik ? sama mcm form 6 cuma kau duduk dkt asrama faham2 la sendiri . 

" Aku rasa tak best la subjek dkt form 6 ni " , " Macam susah je takut tak boleh bawa " , " Boring siakk nk kena pergi sekolah " 
- Dialog normal untk student yg bru nk smbung belajar . Dialog aku juga sbnarnya - Wakaka

Bila aku fikir balik hidup ini tak susah tapi mencabar . Kau masuk mana pun susah . Kalau hidup semua nak senang tak colourful la beb hidup kita . " Ala Wahidah ckp senang la dia dh blaaa dari form 6 . Ckp pandai.. " Aku faham sbelum aku 'berambus' dari form 6 tu aku pn dlm dilema . Dilema antara aku perlu REDHA atau putus asa ? Sejujurnya bila aku orientasi untuk lower six ni for the first time register aku feeling EXCITED tapi lama2 aku jadi BORING . BORING aku bkn aku benci form 6 tak okey ! aku asyik fikir mcm dialog di atas tadi . Andai kata aku tak dapat UPU aku kena REDHA cuba apa yg aku mampu.. MUET ? Bagus kawan2 aku semua excited pasal MUET . Good luck untk MUET tu walaupun 'lama' lagi..

Nasihat aku *mcm bagus sgt aku nk nasihat ank org* =..=
  • Allah tahu apa yg terbaik untuk hambaNya . Belajar REDHA dgn takdir Allah.
  • Wherever you choose to go ( f6 , POLI , IPTS or IPTA ) , please go there with all your heart because Allah is the best of Planners.
  • Usaha dan doa perlu sama banyak .
  • Usaha+Belajar kumpul A bertingkek-tingkek dan jangan lupa doa pada Allah . Sebab kalau kira A siapalah aku untuk masuk ke foundation .
  • Jgn rasa rendah diri * Oh dia dpt msuk U , dia dpt IPTS , dia dpt POLI * NO ! selagi kau ada usaha kau pun setaraf sama dgn student2 tu.
  • Selalu dibandingkan? Aku dh lama merasa dibandingkan. Sedikit sentap tapi abaikan . Bandingan orang akan mendorong kau kepada kejayaan selagi kau confident dgn diri kau .
  • Hormat keputusan ibu bapa kau . Kalau dia kata masuk U / IPTS / Kolej/f6/POLI . Tunaikanlah permintaan mereka dgn ikhlas walaupun kau yg perlu bersusah payah belajar . Keberkatan hidup sgt penting . Redha ALLAH terletak kpada redha kedua ibu bapa kau . 
  • Jgn mudah berputus asa 
  • Jangan cakap tak boleh selagi belum cuba * aku pn slalu risau psl ni* 
  • Jgn terlalu fikir apa org ckp psl kau . Kalau nasihat lu kena dgr la . Lu jgn nk besar kepala plk ! 
  • Setiap manusia ada bakat tersendiri . Terokai bakat anda dan jadikan sebagai kerjaya
Sekarang aku bukan " Akak lower 6 " TAPI aku bangga sebab aku pernah merasai gelaran itu . Then , for akak lower 6 or bro lower 6 good luck ! Aku doakan result korang sentiasa gempak sepanjang 3 penggal . I'm so sorry selama seminggu aku berorientasi di SMKS aku ada silap terluka ke tersentap kan hati sesiapa . Belajar kerana ALLAH . Jangan lupa tolong agama Allah ( ISLAM) sebab kalau kita tolong agama Allah , Allah akan bantu kita . Bersyukur apa tawaran yang kita terima . Bila fikir semula " Aku sgt demand ini boring itu susah tapi mcm mne org yg luar negara mcm PALESTINE tu hidup mereka dan pendidikan mereka? Serba kekurangan . 1000 kali ganda baik kehidupan aku yg sekarang . " 
♥ ‘fabiayyi ala irobbikuma tukazziban ♥
Maka nikmat Tuhan yang mana lagi yang sanggup kamu dustakan? bahkan air yang berlinang melalui mata ini, ALLAH memberikan kasih sayangnya. Kita terlalu fikir sesuatu perkara SANGAT SERIUS walhal penyelesaian nya sgt SIMPLE . Membuat pilihan apa yang terbaik tak susah TAPI bertahan dgn pilihan yg kita pilih itu susah. My last word walaupun aku tak berada bersama korang jangan risau aku tetap doakan korang . Korang semua kawan aku dunia akhirat InshaAllah aku tak lupa korang . Aku hanya pergi Petaling Jaya ada cuti aku pun balik kampung tak payah nk sedih sgt la ! Jgn ckp bila aku dh xde , xde siapa nk ingatkan kau . InshaAllah akan ada pengganti aku untuk ingatkan apa2 dkt kau.. Kalau hilang seorang kawan mcm aku ni tak rugi pun tau :)  Keep calm and smile . 




1:31 PG

Sabtu, 12 Januari 2013

 Assalamulaikum readers ;) gila pagi aku update blog lain masa macam tak berapa nak sempat la derr...Gua busy giler SPM candidate katanya wakakaka bajet gempak ayat macam la always aku baca buku sampai muntah padahal buat homework yg banyak mcm letusan gunung berapi =..=..Terang lagi sportlight aku nk citer pasal pendakap gigi, bahasa kampungnya "braces" yela ada orang cakap pendakap gigi tak tahu ckp braces tahu * nmpk tak pandainya? *


 8 Januari 2013 sempena new year gigi aku telah selamat di pagarkan di klinik pergigian Nur Batu Pahat Johor dekat dgn bank.Boleh tahan lama juga naik tepu market aku 2 jam beb dye pasang besi dkt gigi aku mcm orang operation jee...Bailk klinik singgah kedai makan memang I feel like a damn beb aku belum makan,braces aku bahagian atas belah kanan terbuka =..= nak pergi balik klinik mstilah dh tutup dh ptg kot..so aku qada' pergi 10 Januari..sebab braces aku dah terbuka "dawai" dye mcm tercucuk dkt tepi pipi aku * so aku jdi penternak mata ikan tak bertauliah * 

  Aku kena jadi baby girl sebab aku kena makan bubur jee tapi xdela selamanya kau giler kalau selamanya? mahu SLIM aku hilang ke chubby'an' aku...Selama beberapa hari aku pakai braces ni mcm-II hal boleh la kelakar juga..Dekat sekolah ada kwan lelaki sorang tu nampak jee aku " gigi-II " tapi aku tak kisah kot...


   Adatlah orang tanya, aku dh mcm ask.fm dah...Apabila sudah di kumpul di campur darab tambah bahagi kuasa 2 inilah contoh-II soalan mereka..

1. Sakit tak pakai braces?
2. Kosnya berapa?
3. Buat dekat mana? 
4. Mcm mne nk gosok gigi ? 
5. Mcm mne doktor gigi tu pasang ? 
6. Cantiklah pakai braces ?

Orang dah tanya takkan aku buat muka suci jee mestilah aku jawab. . .Jawapan nya * sound effect please *

1. Aku jamin semasa doktor pakaikan air mata kau yang suci tanpa debu tu tak menitis sebab x sakit... depend juga pada ketabahan gigi anda la ;)
2. kosnya bersamaan motor sebuah RM4200 ( jgn bndingkan braces aku dgn motor! )
3. Klinik Pergigian Nur , Batu Pahat , Johor * sila guna GPS anda *
4. Pakai berus gigi yang lembut dan 1 berus kecil mcm berus botol susu tu...tengoklah tutorial ni. . .aku gosok sental jee mula-II jee * atoto sayang braces aku nnti tercabut lama-II ada aku kisah *
5. soalan ni tanya doktor gigi la awak ni ingat saya doktor gigi ke? *euuwww gedik k gedik..
6. Auumm tu bukan soalan tu pujian sajee je tau * gedik k gedik * 

Braces ada colour setiap bulan kau kena pergi klinik gigi untuk tukar braces rubber band tu depend la kalau kau nk request colour apa yg ada kt klinik tu..rainbows ke colourful gitu meriah u olls gigi kau nnti. . .Aku punya braces rubber band untuk first time ni grey (kelabu). . .=



Contoh colour grey not original picture ok? gigi aku belum secantik mcm ni lagi...

  
4:33 PTG

Chat



Quote

Powered by Calendar Labs