|
Profile |
Music |
|
Ahad, 9 Ogos 2015
Unknown World In The Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.No one has yet realized the wealth of sympathy, the kindness and generosity hidden in the soul of a child. The effort of every true education should be to unlock that treasure. 9 Aug 2015 ( 11 am - 1 pm ) Hari ini aku luangkan separuh hari dari hujung minggu aku untuk pergi kelas puisi untuk anak2 chow kit for the sake of my project. Honestly, for the first time aku fikir "apa related nya ajar anak2 chow kit ni berpuisi. The hell come on puisi ? Kenapa tak ajar BM , ENG , Math etc ". Bila aku perhati,dengar dan cuba memahami akhirnya aku mengerti "kenapa kelas puisi". Program ini dibuat di Empangan Melawati. Adventure dik nk masuk tapi not bad cantik la pemandangan, nyamuk itu biasa la dik kau expect apa?
This is our puisi class
This organisation yg bertanggungjawab angkut mereka dari chow kit bawa ke Empangan Melawati. Tukar angin mungkin takkan asyik nak buat dlm kelas je. Give them a chance untuk merasa mandi air empangan so called air sungai la KOT.. Mereka di bawa ke sini untuk memerhati alam dan menulis puisi berdasarkan apa yang mereka lihat,rasa dan dengar. Belajar meluahkan perasaan melalui tulisan iaitu puisi. Anak-anak yg tubuhnya kecil, kemampuan berfikirnya belum matang dan pengetahuannya kurang tapi jangan sangka mereka tiada bakat. Mereka sangat berbakat.
Salah satu puisi yang aku pilih.
Dayang, dia yang paling tua rasanya. Dia bukan kategori kanak2 la kan. Cara dia menulis dan ekspresi puisi dia sangat bagus. Deep kau tahu bila dia berpuisi. Banyak lagi puisi mereka. Sungguh mereka berbakat banyak benda aku belajar dari mereka.
Aku terbaca hasil karya seorang anak kecil ini. Puisinya bertajuk "rumah" tapi cukup untuk mengusik hati aku yang kering ni. Rumah atau Home, ada apa dengan rumah? Rumah yang di mana menjadi tempat yg sgt selesa bila kau balik sekolah, masuk bilik buka penghawa dingin. Nikmatnya. Rumah yang di mana ada TV yang saiz nya lebih dari 32 inci. Rumah yang besar dan ada privasi. Berbeza dengan anak kecil ini. Rumah dia di tingkat 3 tapi bukan kondominium atau apartmen yang lengkap dengan kolam renang. Bukan. Rumah dia di hotel. Hotel yang satu hari dibayar rm20. Kau boleh bayang hotel rm20 rupanya bagaimana? Adakah itu rumah? Mungkin bukan rumah pada aku tapi rumah bagi anak ini. Rumah yang masih mampu untuk dia suka.
Aku ialah manusia yang jarang keluar rumah. Jarang bersosial dengan orang lain tapi kali ini aku memang tak menyesal join program ni. We like to complain about everything. EVERYTHING. EVERY SINGLE THING. Complain and complain. I'm looking at myself and I realize " If I want to count Allah's favor, I would not be able to number them". Aku faham kenapa mama memilih untuk menjadi seorang guru yang mengajar kelas hujung dari kelas yang pertama. Aku dah mula faham bila aku lihat anak2 chow kit. One of them, aku rasa ada masalah membaca dan mengeja aku agak dia budak darjah 5. She asked me " Akak mcm mana nak eja kotoh (kotor) ? nak eja ada? nak eja melopat (melompat)? Akak betul tak saya buat ni ". Ini perasaan mama aku, takkan dia nak biar anak2 orang susah, anak2 yang lambat dalam belajar dan takkan dia nak lihat anak bangsa dia tak pandai sampai bila2. Aku faham bila mama pesan "dah habis belajar kerja dkt kampung".
Aku sedar dan aku nampak bukan semua guru atau pensyarah itu pendidik,
Bukan semua yang sanggup berkongsi ilmu mereka 100%,
Jangan jadi pendidik yang hanyakan dahagakan gelaran dan bayaran,
Wahai pendidik,
Kau ialah pewaris Nabi,
Bekerja dan menabung saham akhirat
Menyampaikan ilmu bukan memperdagangkan ilmu
Jangan kau membelakangkan anak2 yang lambat
daya pemikirannya
Aku tahu bukan mudah menjadi pendidik....
Melihat tingkah laku mereka dan memerhati gaya percakapan mereka. Mereka anak2 yang tidak terhidang dengan kehidupan yang mewah. Mereka anak2 yang dahagakan kasih sayang dan perhatian. Ya mereka sangat perlukan perhatian. Mereka banyak cakap dan mereka mahukan perhatian. " Akak kat rumah saya ada kucing. Nama dia Comel.".. "Saya pun banyak kucing kat rumah. Nama dia Kuku dia comel kak". Allah. May Allah always bless you sayang. I think one day hasil karya mereka akan di buku kan dan di jual. I will buy it!
They never complain. They never explained. Why you should complain all the time? 2:30 PG
|
Chat Quote Powered by Calendar Labs |